Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 Maklumat tambahan Buletin Surat Berkaitan Penentuan Kod Program atau Aktiviti Bagi Pindahan Aset Selain Aset Dalam Pembinaan (AUC)

Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(21)
Tarikh : 23 November 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

MAKLUMAT TAMBAHAN BULETIN SURAT BERKAITAN PENENTUAN KOD PROGRAM ATAU AKTIVITI BAGI PINDAHAN ASET SELAIN ASET DALAM PEMBINAAN (AUC)

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada buletin no. rujukan ANM.PK.UPA/600-1/1/3(19) bertarikh 11 November 2020 Penentuan Kod Program atau Aktiviti Bagi Pindahan Aset Selain Aset Dalam Pembinaan (AUC) adalah dirujuk.

 

2.       Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan, mengenai prosedur perakaunan bagi pindahan aset, dimana ia hanya membenarkan pindahan dilakukan dalam Vot/Dana yang sama dan Kod Akaun yang sama.

 

3.       Dalam menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan prosedur perakaunan bagi pindahan aset ini, PTJ Terima Aset Pindahan (Asset Receiver) dibenarkan mewujudkan Data Induk Aset baru dengan menggunakan Vot/Dana G000/P00/S00 sahaja tanpa perlu mengisi baris caj penuh berdasarkan situasi yang dimaklumkan dalam surat JANM/BPOPA.600-1/4/1(13) melalui emel sebelum ini. Kebenaran ini tidak terpakai kepada Aset dalam Pembinaan (AUC).

 

4.       Sehubungan itu, adalah diharap penjelasan di atas dapat meningkatkan kefahaman semua pihak dan seterusnya memantapkan prosedur perakaunan aset. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih

 

“Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”

 

UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

 

Muat Turun

 

PENENTUAN KOD PROGRAM / AKTIVITI BAGI PINDAHAN ASET SELAIN DALAM PEMBINAAN