Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PENENTUAN KOD PROGRAM / AKTIVITI BAGI PINDAHAN ASET SELAIN DALAM PEMBINAAN

Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(19)
Tarikh : 11 November 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

PENENTUAN KOD PROGRAM / AKTIVITI BAGI PINDAHAN ASET SELAIN DALAM PEMBINAAN

 

Dengan hormatnya surat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Putrajaya ruj: JANM/BPOPA.600-1/4/1(13) bertarikh 9 November 2020 adalah dirujuk berkenaan perkara di atas

 

2.       Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan, Mesyuarat Penyelarasan Operasi dan Polisi Berkaitan Aset dan Inventori , Jabatan Akauntan Negara Malaysia Putrajaya telah membuat ketetapan berhubung penggunaan kod program / aktiviti bagi Pindahan Aset kecuali aset dalam pembinaan (AUC) seperti berikut:

 

 BIL SITUASI KOD PROGRAM /AKTIVITI
 1. Pegawai Pengawal Sama (Same Sagment) dan Tahun Kewangan Sama (Same Financial Year) PXX/ BXX/ SXX
 2. Pegawai Pengawal Sama (Same Sagment) dan Tahun Kewangan Berbeza (Different Financial Year) G000/ P00/ S00
 3. Pegawai Pengawal Berbeza (Different Sagment) dan Tahun Kewangan Sama / Berbeza (Same / Different Financial Year) G000/ P00/ S00

* Tidak terpakai bagi aset dalam pembinaan

* Tertakluk kepada format pelaporan di BA Kementerian

 

3.       Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih

 

“Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”

 

UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

 

Muat Turun

 

Surat Edaran Berkaitan Penentuan Kod Program atau Aktiviti Bagi Pindahan Aset selain AUC