Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PELAKSANAAN PERMOHONAN BAYARAN DI BAWAH AP96(a) SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM eAP96

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 ( 44 )

Tarikh : 3 November 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab

 

PELAKSANAAN PERMOHONAN BAYARAN DI BAWAH AP96(a) SECARA ATAS TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM eAP96

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan surat JANM.BPOPP.100-13/5/3(37) bertarikh 15 Oktober 2020, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak akan melaksanakan penggunaan Sistem eAP96 sepenuhnya bagi permohonan bayaran di bawah AP96(a).

 

3.     Sehubungan itu, dilampirkan panduan dan tatacara penggunaan sistem tersebut untuk rujukan seperti berikut :

 

      i) Lampiran A - Panduan Penggunaan Sistem eAP96

 

      ii) Lampiran B - Borang Permohonan Capaian Sistem eAP96

 

      iii) Lampiran C - Tatacara untuk mendapatkan IP Address

 

      iv) Lampiran D - Senarai semak penghantaran Lampiran C3 : Penyata Penerimaan Wang

 

4.     Arahan ini berkuatkuasa dari tarikh buletin ini dikeluarkan. Sila pastikan pihak tuan mematuhi SPANM Bil. 7/2018 Lampiran C : Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Di Bawah AP96(a) dan pihak JANM Negeri Perak berhak untuk tidak meluluskan permohonan pihak tuan selepas ini sekiranya Garis Panduan tersebut tidak dipatuhi.

 

5.     Segala kerjasama YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Suhaidah binti Samsudin / Puan Azimah binti Hashim di talian 05-2462 153 (Unit Pengurusan Dana)

 

Sekian, terima kasih.

 

 

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM PERAK