Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PROGRAM HOUSEKEEPING ID PENGGUNA YANG TIDAK AKTIF DI SEMUA PTJ, PEJABAT PERAKAUNAN DAN IBU PEJABAT

 

Ruj. Kami : ANM.PK.TM.600-1Jld.2(13)
Tarikh : 02 Oktober 2020
 
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
 

PROGRAM HOUSEKEEPING ID PENGGUNA YANG TIDAK AKTIF DI SEMUA PTJ, PEJABAT PERAKAUNAN DAN IBU PEJABAT

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas,

 

Dimaklumkan bahawa BPTM, JANM akan melaksanakan program housekeeping ID pengguna tidak aktif di semua PTJ, Pejabat Perakaunan dan Ibu Pejabat di Production System iGFMAS.

 

2.   BPTM, JANM telah melaksanakan program housekeeping ID pengguna tidak aktif secara pilot berfasa di sembilan (9) Pejabat Perakaunan pada 27 Jun 2020 dan 12 September 2020. Program ini diwujudkan bagi memastikan hanya pengguna yang aktif dan sah sahaja menggunakan iGFMAS. Ini disebabkan setiap ID pengguna iGFMAS adalah lesen yang perlu dibayar penyelenggaraannya oleh BPTM, JANM. Pada setiap bulan akan dilaporkan penggunaan ID di iGFMAS dalam Mesyuarat peringkat pengurusan BPTM dan JANM.

 

3.   Dimaklumkan kategori program housekeeping ID Pengguna tidak aktif yang akan dilarikan mengikut tarikh semasa adalah seperti berikut:

 

          a) 60 hari – Pengguna yang tidak pernah login dan masih dalam initial password diberi emel peringatan;

 

         b) 90 hari – Pengguna yang tidak pernah login dan masih dalam initial password dan ID dihapuskan secara automatik;

 

        c) 120 hari – Pengguna yang telah tukar kata laluan dan tidak login selama 120 hari berturut-turut diberi emel peringatan;

 

        d) 150 hari - Pengguna yang telah tukar kata laluan dan tidak login selama 150 hari berturut-turut dan ID telah dikunci secara automatik; dan

 

        e) 180 hari - Pengguna yang telah tukar kata laluan dan tidak login selama 180 hari berturut-turut dan ID telah dihapuskan secara automatik.

 

 
4.   Pelaksanaan program ID pengguna tidak aktif akan bermula pada 3 Oktober 2020 (Sabtu).
 
 
Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai.
 
 
Sekian, terima kasih

 

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNIKAL)
JANM PERAK