Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 TANGGUNGJAWAB MELULUS PERMOHONAN PEMUSNAHAN REKOD BERKAITAN PENGURUSAN DOKUMEN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PUSAT TANGGUNGJAWAB

Ruj.Kami     :   ANM.PK.600-3/1/1( 5 )

Tarikh           :   9  September 2020

 

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

TANGGUNGJAWAB MELULUS PERMOHONAN PEMUSNAHAN REKOD BERKAITAN PENGURUSAN DOKUMEN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PUSAT TANGGUNGJAWAB.

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 April 2020 kelulusan permohonan Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan adalah di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak. PTJ tidak perlu menghantar permohonan kepada Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD) selaras dengan surat arahan dari Akauntan Negara Malaysia no.ruj: JANM.BPAD.600-18/1/1(25) bertarikh 28 Februari 2020 yang menyatakan bahawa kelulusan permohonan adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Perakaunan.

 

3.         Sehubungan dengan itu, semua PTJ hendaklah mengemukakan permohonan lengkap kepada JANM Perak beserta sesalinan Surat Kebenaran Pemusnahan daripada Ketua Pengarah Arkib Negara dan Surat Kelulusan Pemusnahan daripada Ketua Audit Negara Negeri Perak mengikut Tatacara Pelupusan Rekod Kewangan Dan Perakaunan yang berkuatkuasa. Tuan boleh merujuk kepada Jadual Pelupusan Rekod Kewangan Dan Perakaunan yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang Arkib Negara Malaysia (www.arkib.gov.my).

 

4.         Mohon kerjasama semua PTJ untuk mematuhi arahan yang telah ditetapkan dan segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

PENGARAH

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERAK

 

 

MUAT TURUN:

 

SURAT TANGGUNGJAWAB MELULUS PERMOHONAN PEMUSNAHAN REKOD BERKAITAN PENGURUSAN DOKUMEN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PUSAT TANGGUNGJAWAB 

 

DOKUMEN SOKONGAN