Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PERMOHONAN CAPAIAN PENGGUNA DAN HAD KUASA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) – KEW.290E-01-PIN.1/18
Ruj. Kami : ANM.PK.TM.600-1Jld.2( )
Tarikh : Ogos 2020
 
Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Tuan/Puan,
 

PERMOHONAN CAPAIAN PENGGUNA DAN HAD KUASA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) – KEW.290E-01-PIN.1/18.

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

 

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak kini di dalam tindakan menambahbaik proses kerja permohonan Borang Capaian Pengguna Dan Had Kuasa melalui iGFMAS Service Desk (SOLMAN).

 

3.   Oleh yang demikian, pohon kerjasama daripada tuan/puan untuk mengemukakan permohonan capaian pengguna KEW 290E-01-Pin.1/18 selewat-lewatnya pada hari Jumaat / hari terakhir bekerja setiap minggu (jam 12.00 tengahari) agar ia dapat diproses dengan segera bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

 

4.   Bersama-sama ini juga disertakan Senarai Semak Permohonan Capaian untuk rujukan pihak tuan/puan

 

Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

 
Sekian, terima kasih.
 
 
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi"

 

Saya yang menjalankan amanah,
 
 
( KHAIRUDIN BIN ALI C.A(M) )
Timbalan Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Perak