Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 TATACARA PENYEDIAAN SIJIL PENGESAHAN BAKI (SPB) VOT, TERIMAAN, DEPOSIT DAN AMANAH
 
Ruj. Kami : ANM.PK.A 600-1/8 (28)
Tarikh : 24 Julai 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

TATACARA PENYEDIAAN SIJIL PENGESAHAN BAKI (SPB) VOT, TERIMAAN, DEPOSIT DAN AMANAH

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.   Sebagaimana pihak tuan sedia maklum, SPB bagi Vot, Terimaan, Deposit dan Amanah perlu dikemukakan ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak (JANM Negeri Perak), seperti Arahan Perbendaharaan (AP 143 (b)) selewat-lewatnya pada 14 haribulan bulan berikutnya.Untuk semakan tarikh sebenar penghantaran SPB bagi tahun 2020, sila rujuk buletin Ruj.Kami : ANM.PK.A 600-1/8 ( 24 ) bertarikh 05 Mac 2020.

 

3.   Semakan mendapati terdapat kekeliruan oleh pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam menyediakan SPB ini. Semua PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Perak dikehendaki untuk mematuhi Tatacara Penyediaan SPB Vot, Terimaan, Deposit dan Amanah yang dinyatakan dalam buletin ini bermula dari pelaporan bulan JULAI 2020 tanpa gagal. 

 

4.   Sehubungan itu, bersama-sama dengan ini disertakan Lampiran A, B, C dan D sebagai panduan penyediaan SPB Vot, Terimaan, Deposit dan Amanah sebagai rujukan kepada pihak tuan.

 

5.   Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai Unit Akaun, JANM Negeri Perak di talian 05-2462100 sambungan 124/123/122/121/120. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

 

 

LAMPIRAN A - PANDUAN PENYEDIAAN SIJIL PENGESAHAN BAKI VOT

 

LAMPIRAN B - PANDUAN PENYEDIAAN SIJIL PENGESAHAN BAKI (SPB) TERIMAAN

 

LAMPIRAN C - PANDUAN PENYEDIAAN SIJIL PENGESAHAN BAKI DEPOSIT

 

LAMPIRAN D - SIJIL PENGESAHAN BAKI (SPB) AMANAH

 

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

"Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi"

 

UNIT AKAUN

 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

 NEGERI PERAK