Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PENYELARASAN PENGGUNAAN ARAHAN PEMBAYARAN TANPA PESANAN (JENIS K2-A) BAGI PEMBAYARAN CARUMAN PERKESO
Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-1/1/2 JLD.4(4)
Tarikh : 15 Julai 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

 

PENYELARASAN PENGGUNAAN ARAHAN PEMBAYARAN TANPA PESANAN (JENIS K2-A) BAGI PEMBAYARAN CARUMAN PERKESO

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Dimaklumkan bahawa pembayaran kepada PERKESO adalah dengan menggunakan Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan jenis K2-A dan penggunaan kod akaun yang dibenarkan adalah seperti berikut:

 

i. L1311903 Sumbangan Badan Berkanun – Caruman bulan semasa

ii. L1312974 Terimaan Balik Bayaran Gaji Tahun Semasa – caruman syer yang dikutip semula dari pekerja

iii. B0113199 Insurans dan Sumbangan

iv. B0229303 Sumbangan Berkanun

 

3. Bagi kod L1312974, penggunaan kod ini adalah untuk terimaan bayaran perkeso (caruman pekerja) yang diterima daripada anggota yang terlibat dengan tunggakan perkeso bagi tahun lalu atau tahun semasa. Kod ini hanya digunakan apabila PTJ perlu membuat bayaran kepada PERKESO sahaja tanpa melibatkan pembayaran gaji melalui Arahan Pembayaran Pendapatan Bercukai (K6). Setelah mengakaunkan terimaan tersebut di bawah kod L1312974, PTJ hendaklah menyediakan Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan jenis K2-A selewat-lewatnya pada 26hb setiap bulan pada bulan tersebut untuk memastikan kod akaun penyelesaian L1312974 ini adalah berbaki sifar (0). Contoh adalah seperti di Lampiran.

 

4. Bersama-sama ini juga disertakan Prosedur Pembayaran dan Penghantaran Caruman PERKESO oleh PTJ dan Tatacara Penggunaan Portal Assist untuk perhatian tuan/puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

 

BULETIN PELAKSANAAN PERKESO

 

TATACARA PENGGUNAAN ASSIST

 

TATACARA AGO EFT ASSIST

 

PROSEDUR PEMBAYARAN DAN PENGHANTARAN CARUMAN PERKESO OLEH PTJ