Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI (SPB) AKAUN DEPOSIT DAN AMANAH BAGI BULAN MAC HINGGA MEI TAHUN 2020
Ruj. Kami : ANM.PK.A 600-1/8 ( 26 )
Tarikh : 02 Jun 2020
 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

 

Tuan,

 

PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI (SPB) AKAUN DEPOSIT DAN AMANAH BAGI BULAN MAC HINGGA MEI TAHUN 2020

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sebagaimana pihak tuan sedia maklum, baki awal akaun deposit dan amanah telah selesai dibawa ke hadapan pada bulan Mac 2020 yang lalu.

 

3. Oleh yang demikian, bagi memastikan baki akaun amanah dan deposit PTJ diakaunkan dengan tepat, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak (JANM Negeri Perak) memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk menyedia dan menghantar SPB bagi bulan Mac, April dan Mei tahun 2020 selewat-lewatnya pada 12 Jun 2020 (Jumaat).

 

4. Sekiranya pihak tuan gagal menghantar SPB berkenaan pada tarikh yang telah ditetapkan, surat peringatan akan dikeluarkan.

 

5. Bagi SPB bulan Jun dan seterusnya, pihak tuan perlu mematuhi tarikh akhir penghantaran seperti dalam buletin rujukan ANM.PK.A 600-1/8 (24) bertarikh 05 Mac 2020.

 

6. Untuk pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai- pegawai Unit Akaun, JANM Negeri Perak di talian 05-2462100 sambungan 124/123/122/120. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi"
 
UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK