Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PERINGATAN BULANAN: SEMAKAN BULANAN MODUL PESANAN KERAJAAN DAN PENERIMAAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN DI SISTEM i-GFMAS DAN e-PEROLEHAN YANG MASIH BELUM DISELESAIKAN OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB ATAU JABATAN
Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5(34)
Tarikh : 29 Mei 2020
 
 
Semua Ketua Jabatan Persekutuan /Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan
 

PERINGATAN BULANAN: SEMAKAN BULANAN MODUL PESANAN KERAJAAN DAN PENERIMAAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN DI SISTEM i-GFMAS DAN e-PEROLEHAN YANG MASIH BELUM DISELESAIKAN OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB ATAU JABATAN.

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Selaras dengan arahan pemantauan operasi pejabat perakaunan, adalah menjadi kewajipan semua jabatan untuk memastikan semakan dibuat ke atas modul Pesanan Kerajaaan (PO) dan Penerimaan Bekalan dan Perkhidmatan (FRN-eP)/(GRN-iGFMAS) yang masih belum selesai sehingga ke peringkat pembayaran. Jabatan dan Pusat Tanggungjawab boleh membuat semakan status di bawah modul berikut:

 

        i) Laporan Pesanan Kerajaan (semua status)

       ii) Laporan Tanggungan Belum Selesai Pesanan Kerajaan

      iii) Laporan Terperinci Pesanan Kerajaan yang telah lengkap

 

3. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab jabatan untuk membuat pemantauan dan semakan pada laporan yang dinyatakan di atas pada setiap bulan dan memastikan semua PO berstatus 80 serta penerimaan bekalan dan perkhidmatan (FRN-eP)/(GRN-iGFMAS) diselesaikan sehingga ke Arahan Pembayaran (berstatus 80 dan sila pastikan no EFT telah dijana). Sekiranya terdapat PO yang tidak diperlukan atau (FRN-eP)/(GRN-iGFMAS) yang telah dibuat pembayaran menggunakan modul Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan pihak jabatan dikehendaki utuk hapus/batal PO/(FRN-eP)/(GRN-iGFMAS) dengan kadar segera.

 

4. Kegagalan pemantauan akan memberikan implikasi kepada laporan Pejabat Perakaunan dan juga kepada PTJ di mana baki peruntukan jabatan tidak dapat digunakan secara optimum.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK