Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 SEMAKAN BAKI AWAL BAGI KOD AKAUN DEPOSIT DAN AMANAH TAHUN 2020
Ruj. Kami : ANM.PK.A 600-1/8 ( 25 )
Tarikh : 29 Mei 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab,

Tuan,

 

SEMAKAN BAKI AWAL BAGI KOD AKAUN DEPOSIT DAN AMANAH TAHUN 2020

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Untuk makluman pihak tuan, baki awal akaun deposit dan amanah telah selesai dibawa ke hadapan pada bulan Mac 2020 yang lalu.

 

3. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak (JANM Negeri Perak) ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk membuat semakan baki awal bagi kod akaun deposit dan amanah di PTJ tuan.

 

4. Sekiranya terdapat perbezaan baki awal yang dibawa bagi tahun 2020, sila lengkapkan borang seperti di Lampiran A dan emelkan ke alamat emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada 15 Jun 2020 (Isnin).

 

5. Untuk pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai- pegawai Unit Akaun, JANM Negeri Perak di talian 05-2462100 sambungan 124/123/122/121/120. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi"
 
 
UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK