Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 MAKLUMAN PERATURAN BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN(BKK) TAHUN 2020
Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-/1/2JLD.3(104)
Tarikh : 15 April 2020
 
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
 

MAKLUMAN PERATURAN BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN(BKK) TAHUN 2020

 

Dengan hormatnya merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2020 bertajuk Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2020 bertajuk Peraturan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia ruj: MOF.DS(S)600-40/3/3(26) bertarikh 2 April 2020 bertajuk Bantuan Khas Kewangan Contract For Service Tahun 2020 berkenaan perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran BKK tahun 2020 berjumlah RM500.00 akan dibayar pada 23 April 2020 (Khamis). Perkara-perkara dibawah hendaklah diambil maklum:

 

     i.   Penyata Perubahan (Kew.8) disediakan di peringkat jabatan masing-masing.

     ii.  JANM Perak telah memproses bayaran BKK ini dan telah mengeluarkan nama-nama pegawai yang tidak layak berdasarkan maklumbalas yang diterima dari
          Jab/PTJ/PP.Walaubagaimanapun, Jab/PTJ/PP hendaklah menyemak Laporan Payroll Master Listing (PML) dan Penyata Gaji bulan April 2020 dan jika berlaku
          juga pembayaran kepada pegawai yang tidak layak menerima BKK 2020, tindakan mengutip semua amaun yang telah dibayar oleh Jab/PTJ/PP adalah seperti
          berikut:
 
 
            a) Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan
                Utama/Gred Khas, kutipan tunai hendaklah dibuat daripada pegawai;
 
            b) Bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April 2020, kutipan tunai hendaklah dibuat daripada
                pegawai;
 
            c) Bagi pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 23 April
                2020,kutipan tunai hendaklah dibuat daripada pegawai.
 
3. Walaubagaimanapun, bagi pembayaran melalui Arahan Pembayaran (Kew. 330E), berikut adalah Peraturan Pembayaran BKK 2020 Yang perlu dipatuhi
    oleh Jab/PTJ/PP:

 

      i. Menyediakan Arahan Pembayaran (Kew.330E), jenis dokumen - Invois Tanpa Pesanan Kerajaan (K2) beserta Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan
         Seseorang Pegawai (Kew.8 – Pin.10/96) dan dokumen sokongan yang lain.
 

      ii. Memastikan penjawat awam yang dibayar melalui Arahan Pembayaran menerima bayaran pada 23 April 2020.

 

4. Kod Akaun yang perlu digunakan bagi BKK 2020 adalah seperti berikut:

 

        kod akaun

5. Bersama-sama ini dilampirkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2020, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2020 dan Surat Kementerian Kewangan Malaysia ruj: MOF.DS(S)600-40/3/3(26) bertarikh 2 April 2020 untuk rujukan Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK
 

BANTUAN KHAS KEWANGAN CFS 2020

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.2.2020 Bantuan Khas Kewangan 2020 Prihatin

SPANM BIL.2.2020 Peraturan Bayaran Khas Kewangan Tahun 2020 (BKP)