Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 MAKLUMAN PERUBAHAN KADAR CARUMAN BERKANUN SYER PEKERJA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA(KWSP) DARI 11% KE 7%
Ruj.Kami :ANM.PK.P/P.600-/1/2JLD.3(103)
Tarikh : 9 Mac 2020
 
Y Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
MAKLUMAN PERUBAHAN KADAR CARUMAN BERKANUN SYER PEKERJA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA(KWSP) DARI 11% KE 7%
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 
 
2. Adalah dimaklumkan merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan Kerajaan pada 27 Februari 2020 berkaitan kadar caruman berkanun syer pekerja baharu yang menjelaskan bahawa kadar caruman berkanun syer pekerja akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus.
 
3. Penjelasan lanjut berkenaan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja ini adalah seperti berikut: 
 
  1. Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan berkuatkuasa mulai gaji bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga gaji Disember 2020 (caruman Januari 2021), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.
  2. Kadar caruman berkanur syer pekerja baharu ini adalah terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum. Manakala kadar caruman berkanun untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas adalah kekal.
  3. Untuk makluman, JANM akan melaksanakan perubahan kadar KWSP kepada 7% secara automatik dalam sistem iGFMAS-Payroll mulai gaji bulan April 2020 sehingga Disember 2020.
 
4. Oleh itu, Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh membuat pilihan untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada 11% dengan mengambil tindakan seperti di bawah;
 
  1. PTJ perlu mengisi Borang Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) KWSP 17A (Khas 2020) seperti dilampirkan dan mengemukakan kepada majikan masing-masing untuk pengesahan.
  2. PTJ juga bertanggungjawab menghantar borang ini ke pejabat KWSP yang berhampiran.
  3. PTJ perlu menyediakan Borang Perubahan Gaji (Kew. 320) bagi perubahan kadar ini yang dikepilkan bersama-sama salinan Borang Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) KWSP 17A (Khas 2020) dan membuat tindakan input ke dalam sistem iGFMAS-Payroll mulai perubahan gaji bulan April 2020.
 
5. Kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.
 
PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK