Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PENYEDIAAN BORANG PERUBAHAN GAJI (Kew.320 Pin. 1/2019)
Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-1/1/2 JLD.3(102)
Tarikh : 19 Februari 2020
 
 
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab,
Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
 

PENYEDIAAN BORANG PERUBAHAN GAJI (Kew.320 Pin. 1/2019)

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang bertarikh 14 Februari 2020 adalah berkaitan perkara yang sama.

 

2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 1 Tahun 2020 – Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuatkuasa pada 12 Februari 2020.

 

3. Sehubungan itu, semua PTJ bertanggungjawab menyediakan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin. 1/2019) dengan menggunakan format baharu mulai perubahan gaji pada bulan April 2020.

 

4. Bersama-sama ini dilampirkan SPANM Bilangan 1 Tahun 2020 dan Borang Kew. 320 Pin. 1/2019 dalam format excel untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. Sebarang pindaan terhadap format borang ini tidak dibenarkan.

 

5. Segala kerjasama Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA
NEGERI PERAK