Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERIBADI BAGI TUJUAN PENGIRAAN POTONGAN CUKAI BULANAN (PCB)
Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-1/1/2 JLD.3(100)
Tarikh : 10 Februari 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab,
Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
 

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERIBADI BAGI TUJUAN PENGIRAAN POTONGAN CUKAI BULANAN (PCB)

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Dimaklumkan bahawa penambahan/pengurangan amaun PCB boleh dibuat dengan mengemaskini maklumat peribadi di borang Lampiran A - Borang Mengemaskini Maklumat Peribadi Bagi Tujuan Pengiraan Potongan Cukai Bulanan (PCB) sekiranya berlaku sebarang perubahan status perkahwinan, status anak dan tuntutan pelepasan individu kelainan upaya.

 

3. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Lampiran A tersebut untuk tindakan Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan. Adalah diingatkan juga borang ini tidak terhad untuk dikemaskini sekali sahaja dalam perkhidmatan tetapi ia perlu dikemaskini semula jika terdapat perubahan seperti anak pegawai yang telah mencapai 18 tahun dan menuntut di IPT.

 

4. PTJ perlu menyediakan Borang Perubahan Gaji (SG20) dan dikepilkan bersama borang Lampiran A yang telah dikemaskini oleh anggota dan membuat tindakan input ke sistem iGFMAS:HCM di IT0198 – Schedular Deduction Tax (Sty 01). Sila rujuk Manual Latihan HCM -1002 bagi tindakan ini.

 

5. Berikutan dengan banyak pertanyaan mengenai perkara ini, adalah dimohon kerjasama semua PTJ untuk memaklumkan perkara ini kepada semua anggota di PTJ tuan/puan bagi memastikan maklumat peribadi bagi tujuan pengiraan potongan PCB pegawai adalah betul dan telah dikemaskini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Gaji untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

 

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA
NEGERI PERAK