Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 MAKLUMAN SEMAKAN PTJ CONTACT LIST BAGI TUJUAN PENGEMASKINIAN STATUS PROSES GAJI DI PTJ (ZRPY101)
Ruj.Kami :ANM.PK.P/P.600-1/1/2 JLD.3(99)
Tarikh : 10 FEBRUARI 2020
 
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
 
 
MAKLUMAN SEMAKAN PTJ CONTACT LIST BAGI TUJUAN PENGEMASKINIAN STATUS PROSES GAJI DI PTJ (ZRPY101)
 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, ZRPY101 – PY Simulation Status PTJ merupakan proses yang disediakan bagi memberi ruang komunikasi di antara Pejabat Perakaunan dengan PTJ di sistem iGFMAS. Ia diperlukan oleh Pejabat Perakaunan untuk mendapat maklumat mengenai kesediaan PTJ (iaitu PTJ telah menyelesaikan proses simulasi gaji dengan sempurna dan tiada lagi ralat di data induk pegawai) bagi proses gaji diteruskan di Pejabat Perakaunan.

 

3. Proses ini membolehkan penukaran status kesediaan proses gaji daripada status 'Open' atau 'Repeat' kepada status 'Complete' setelah proses simulasi gaji di PTJ selesai dilaksanakan. Proses ini hanya boleh dilaksanakan oleh PTJ setelah emel pemberitahuan bagi permulaan proses simulasi gaji diterima daripada Pejabat Perakaunan.

 

4. Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan senarai PTJ contact list di bawah Pejabat Perakaunan JANM Perak(1008) yang telah dimuatnaik ke sistem iGFMAS . Mohon kerjasama tuan/puan untuk semakan bagi memastikan emel pemberitahuan proses simulasi (ZRPY101) dapat dihantar. Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, sila isi Borang Perubahan PTJ Contact List seperti di lampiran dan emelkan borang tersebut ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau faks ke Unit Gaji di talian 05-2412969 selewat-lewatnya pada 17 Februari 2020 (Isnin).

 

5. Segala kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 
PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK