Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2020 Arkib Pengumuman 2020 PEMBERHENTIAN SEMENTARA PROSES PINDAHAN DAN PELUPUSAN ASET MELALUI MODUL PERAKAUNAN ASET PUKAL
Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(17)
Tarikh : 21 Januari 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
 

PEMBERHENTIAN SEMENTARA PROSES PINDAHAN DAN PELUPUSAN ASET MELALUI MODUL PERAKAUNAN ASET PUKAL

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan, lanjutan daripada isu teknikal pindahan dan pelupusan aset melalui modul perakaunan aset pukal (AA Mass), adalah dimaklumkan bahawa penggunaan modul tersebut dihentikan buat sementara waktu bagi mengelakkan kegagalan yang berulang. Buat masa ini, adalah dicadangkan pindahan dan pelupusan dilaksanakan menggunakan proses biasa (single).

 

3. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

 

“Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”

 

UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK