rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

LAPORAN TAKLIMAT WANG TAK DITUNTUT (SIRI 2) DAN KAUNTER SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT (SIRI 2) SEMPENA PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN ANJURAN PENTADBIRAN MUKIM CHEGAR GALAH TAHUN 2025 

TARIKH : 25 Februari 2025 (Selasa)

TEMPAT : Pejabat Penghulu Chegar Galah, Perak

PENGENALAN : Pembukaan Kaunter Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) adalah bersempena dengan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Anjuran Pentadbiran Mukim Chegar Galah Tahun 2025

WAKIL JANM : 

Mohd Zarim Bin Shamsuddin - Penolong Akauntan W6

• Rafaati binti Mustaffa - Pen. Akauntan W5 (KUP)

• Mawarni Erda binti Nordin - Pen. Akauntan W5 (KUP)

 Siti Norsyahira Binti Abdullah - MyStep 

• Tengku Muhd Mustaqim Bin Tengku Abd Rahim Akauntan W5 (KU) (Sukarelawan)

OBJEKTIF :

  1. Pendedahan berkaitan WTD dan proses semakan serta tatacara tuntutan dapat disampaikan dengan berkesan kepada penduduk luar bandar dan masyarakat setempat. 
  2. Dapat membantu penduduk sekitar daerah Ghegar Galah untuk membuat semakan dan seterusnya menghantar permohonan tuntutan WTD

IMPAK 

  1. Dapat memberikan perkhidmatan semakan dan permohonan tuntutan bayaran balik WTD secara langsung kepada masyarakat setempat. 
  2. Memudahkan dan membantu masyarakat setempat melakukan semakan dan permohonan tuntutan bayaran balik WTD tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter WTD di Ipoh, Perak

BIL. SEMAKAN : 251 

BIL. TUNTUTAN : 29