rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

LAPORAN TAKLIMAT WANG TAK DITUNTUT (SIRI 1) DAN KAUNTER SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT (SIRI 1) SEMPENA KARNIVAL CABUTAN BSN SIJIL SIMPANAN PREMIUM (SSP) BULAN DISEMBER 2024 

TARIKH : 3 Januari 2025 (Jumaat

TEMPAT : AEON Kinta City Ipoh, Perak 

PENGENALAN : Pembukaan Kaunter Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) adalah bersempena dengan Karnival Cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (SSP) Bulan Disember 2024

WAKIL JANM : 

  • Nor Emilia Binti Maswan - Akauntan WA10 
  • Mohd Zarim Bin Shamsuddin - Penolong Akauntan W6 
  • Normala Binti Yang Ghazali - Penolong Akauntan W5 
  • Mawarni Erda Binti Nordin - Pen. Akauntan W5 
  • Siti Sara Binti Yahaya - Pen. Akauntan W5 
  • Siti Norbaizura Binti Mohammad Shafie - Pen. Akauntan W5 (Skuad WTD)
  • Thasyayenii a/p Perumal - Penolong Akauntan W5 (Skuad WTD)

OBJEKTIF : 

  1. Pendedahan berkaitan WTD dan proses semakan serta tatacara tuntutan dapat disampaikan dengan berkesan kepada pelanggan BSN dan orang awam (pengunjung / kakitangan pasaraya)
  2. Dapat membantu pelanggan BSN dan orang awam membuat semakan dan seterusnya menghantar permohonan tuntutan WTD.

IMPAK :

  1. Dapat memberikan perkhidmatan semakan dan permohonan tuntutan bayaran balik WTD secara langsung kepada pelanggan BSN dan orang awam serta mempromosikan informasi berkaitan WTD
  2. Memudahkan dan membantu pelanggan BSN dan orang awam melakukan semakan dan permohonan tuntutan bayaran balik WTD tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter WTD di Ipoh, Perak

BIL. SEMAKAN : 173 

BIL.TUNTUTAN : 11