Facebook rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami : JANM.PRK.600-1/3/4 (88)
Tarikh : 25 November 2026

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

TARIKH AKHIR PENGURUSAN WARAN PERJALANAN UDARA AWAM AKHIR TAHUN 2026

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diingatkan bahawa tarikh akhir bagi pengeluaran Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) adalah pada 27 November 2026. Sekiranya terdapat WPUA selepas 27 November 2026, PTJ hendaklah menggunakan Waran Bukan Pukal dan akan dibayar menggunakan Arahan Pembayaran Dengan Pesanan Kerajaan (P5).

3. Pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan juga diingatkan supaya memastikan pembayaran bagi WPUA Bukan Pukal dipantau rapi bagi mengelakkan bayaran tertunggak kepada agensi penerbangan.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK