Ruj. Kami : JANM.PRK.600-1/3/4 (87)
Tarikh : 23 November 2026
Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN NOVEMBER 2026
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan, semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses Perakuan 2 sebelum jam 8.00 malam pada 30 November 2026 (Isnin) bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.
3. Sehubungan dengan itu, proses Perakuan 2 TIDAK DIBENARKAN dibuat oleh semua Jabatan dan PTJ pada 30 November 2026 (Isnin) bermula dari jam 8.00 malam sehingga jam 11.59 malam. Proses Perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 Disember 2026 (Selasa).
4. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK



