Ruj. Kami : JANM.PRK.600-1/3/4 (69)
Tarikh : 22 Jun 2026
Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
PERINGATAN BULANAN : PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN JUN 2026
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan, semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses Perakuan 2 sebelum jam 12.00 tengah hari pada 30 Jun 2026 (Selasa) bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.
3. Sehubungan dengan itu, proses Perakuan 2 TIDAK DIBENARKAN dibuat oleh semua Jabatan dan PTJ pada 30 Jun 2026 (Selasa) bermula dari jam 12.01 tengah hari sehingga jam 11.59 tengah malam. Proses Perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 Julai 2026 (Rabu).
4. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK



