Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Personel Short-term Employment Programme (MySTEP) bagi jawatan Petugas Kaunter Wang Tak Dituntut (WTD).
3. Sehubungan dengan itu, individu yang berminat boleh menghantar permohonan selewat-lewatnya pada 4 Jun 2025 (Rabu) sebelum jam 12:00 tengahari melalui MYFutureJobs di pautan berikut:
https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=70c0aa16796345bd874dda53d256220e
4. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada
Kerjasama dan perhatian tuan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Saya yang menjalankan amanah,
FARIZAN BINTI SHAARI
Seksyen Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
No. Tel. Pejabat : 05-246 2130