rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami : JANM.PRK.600-1/1/1 (25)
Tarikh : 28 Mei 2025

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab,

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Untuk makluman, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membuat beberapa perubahan di dalam Borang Mengemas Kini Maklumat PCB pada 13 Mac 2025. Antara perubahan yang terdapat di dalam borang tersebut adalah:

  1. Perubahan tanggungan bagi anak berstatus OKU yang berumur 18 tahun ke bawah;
  2. Perubahan tanggungan bagi anak berstatus OKU yang berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Tuntutan pelepasan bagi individu kurang upaya; dan
  4. Tuntutan pelepasan bagi pasangan kurang upaya.

3.         Sehubungan dengan itu, PTJ adalah diminta menyediakan Borang Perubahan Gaji (Kew. 320) dan Borang Lampiran A yang telah dikemaskini oleh pegawai bagi tujuan dokumentasi dan pengauditan pada masa akan datang dan membuat tindakan input ke sistem iGFMAS:HCM di IT0198 – Schedular Deduction Tax (Sty 01). Sila rujuk Manual Latihan HCM -1002 bagi tindakan ini.

4.         Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan dalam memastikan pemakluman ini dipanjangkan kepada semua pegawai di PTJ supaya maklumat peribadi untuk pengiraan potongan PCB pegawai adalah betul dan tepat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Gaji untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) BORANG KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI PCB