rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Rujukan Kami : JANM.PK.TM 600-1 Jilid 3 (07)
Tarikh : 09 Januari 2025

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,

PENGEMASKINIAN GRED JAWATAN MENGIKUT PELAKSANAAN GRED BARU SSPA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan, selaras dengan pelaksanaan SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan AWAM) yang baru dilaksanakan bagi menggantikan SSM (Sistem Saraan Malaysia) pada 01 Disember 2024, kesemua pegawai yang telah memilih SSPA perlu mengemaskini gred jawatan di portal iGFMAS di bawah Pengurusan Capaian J02 (kemaskini maklumat) dengan kadar segera. Pemakluman ini juga terpakai bagi permohonan baharu id iGFMAS - J01.

3.      Ketua Pusat tanggungjawab diminta untuk memantau pengemaskinian gred tersebut oleh kakitangan di bawah seliaan masing-masing.
Sekian harap maklum dan terima kasih.

UNIT TEKNIKAL
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK