rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/7Jld 2(56)
Tarikh: 25 Oktober 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN OKTOBER 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan, semua Jabatan dan PusatTanggungjawab (PTJ) adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses Perakuan 2 sebelum jam 12.00 tengahari pada 31 Oktober 2023 bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.

3.      Sehubungan dengan itu, proses Perakuan 2 TIDAK DIBENARKAN dibuat oleh semua Jabatan dan PTJ pada 31 Oktober 2023 bermula dari jam 12.01 tengahari sehingga jam 11.59 tengah malam. Proses Perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 November 2023.

4.      Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) Peringatan Bulanan Proses Perakuan 2 Bulan Oktober 2023