rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5 Jld 2(45)
Tarikh : 13 Jun 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKAUN AKRUAN – CAA), PERIHAL DAN MODUL BAYARAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan Surat Edaran BPOPP Bilangan 6 Tahun 2023 No. Rujukan kami: JANM.BPOPP.600-15/4/13 (31) bertarikh 26 Mei 2023 adalah berkaitan.

2.      Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan, penggunaan Kod Akaun (CAA), Perihal dan Modul Bayaran yang kerap digunakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah diseragamkan melalui platform MyCODE yang telah dibangunkan oleh JANM Negeri Selangor di dalam bengkel bersama Pejabat Perakaunan pada 1 hingga 2 Mac 2023. Ini bertujuan bagi memastikan proses semakan yang standard oleh semua Pejabat Perakaunan dan mengelakkan aduan ketidakseragaman semakan di antara Pejabat Perakaunan.

3.      Semua Jabatan dan PTJ adalah diingatkan untuk merujuk kepada MyCODE sebagai panduan dan rujukan bagi tujuan penyediaan/ semakan Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran dan transaksi-transaksi lain yang berkaitan. MyCODE ini boleh diakses melalui pautan berikut dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa: https://shorturl.at/jqTW5

4.      Sehubungan dengan itu, PTJ perlu merujuk bersama pekeliling/ surat pekeliling Carta Akaun Akruan yang berkuat kuasa bagi penjelasan lanjut/ kod akaun yang tidak disenaraikan di dalam MyCODE. Arahan penggunaan MyCODE ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023.

5.      Kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk/Dato'/Datin /Tuan /Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKAUN AKRUAN – CAA), PERIHAL DAN MODUL BAYARAN MyCODE