Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld 2(40)
Tarikh : 28 April 2023
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan
PERINGATAN BULANAN : SEMAKAN BULANAN MODUL PESANAN KERAJAAN DAN PENERIMAAN BEKALAN/ PERKHIDMATAN DI SISTEM i-GFMAS SERTA e-PEROLEHAN YANG MASIH BELUM DISELESAIKAN OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Selaras dengan arahan pemantauan operasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak, adalah menjadi kewajipan semua pusat tanggungjawab (PTJ) untuk memastikan semakan dibuat ke atas Modul Pesanan Kerajaaan (PO) dan Penerimaan Bekalan/ Perkhidmatan (FRN-eP)/ (GRN-iGFMAS) yang masih belum selesai sehingga ke peringkat pembayaran. PTJ boleh membuat semakan status seperti di laporan-laporan berikut:
i) Laporan Pesanan Kerajaan (semua status);
ii) Laporan Tanggungan Belum Selesai Pesanan Kerajaan; dan
iii) Laporan Terperinci Pesanan Kerajaan yang telah lengkap.
3. Sehubungan dengan itu, PTJ adalah diminta untuk mematuhi perkara berikut:
i) membuat pemantauan dan semakan pada laporan yang dinyatakan di atas pada setiap bulan;
ii) memastikan semua PO berstatus 80 serta penerimaan bekalan/ perkhidmatan (FRN-eP)/ (GRN-iGFMAS) diselesaikan sehingga ke Arahan Pembayaran (berstatus 80);
iii) sila pastikan nombor EFT telah dijana; dan
iv) sekiranya terdapat PO yang tidak diperlukan atau (FRN-eP)/ (GRN-iGFMAS) yang telah dibuat pembayaran menggunakan Modul Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan, pihak PTJ dikehendaki untuk hapus/ batal PO/(FRN-eP)/ (GRN-iGFMAS) dengan kadar segera.
4. Ketidakpatuhan perkara di atas akan memberikan implikasi kepada PTJ di mana baki peruntukan tidak dapat digunakan secara optimum.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK
1) Senarai Semak Pemantauan Operasi AO Bagi Pesanan Kerajaan-042023