Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5Jld2(23)
Tarikh: 25 November 2022
Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,
PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN NOVEMBER 2022
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan, semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses Perakuan 2 sebelum jam 12.00 tengahari pada 30 November 2022 bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.
3. Sehubungan dengan itu, proses Perakuan 2 TIDAK DIBENARKAN dibuat oleh semua Jabatan dan PTJ pada 30 November bermula dari jam 12.01 tengahari sehingga jam 11.59 malam. Proses Perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 Disember 2022.
4. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK