rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld 2 (20)
Tarikh : 14 Oktober 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

GARIS PANDUAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 3 TAHUN 2022 - PENGURUSAN TERIMAAN KERAJAAN SECARA ELEKTRONIK MELALUI  E-DOMPET

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM) Bilangan 3 Tahun 2022 – Pengurusan Terimaan Kerajaan Secara Elektronik Melalui E-dompet  (E-wallet) bertarikh 5 Oktober 2022. GPANM tersebut telah dimuat naik ke Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling – Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM) pada 6 Oktober 2022.

3.      GPANM Bilangan 3 Tahun 2022 ini dikeluarkan untuk memberi penerangan kepada Kementerian/ Jabatan, Pejabat Perakaunan, Pusat Tanggungjawab, Pejabat Pemungut, Bank, Penyedia Perkhidmatan e-dompet dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan kaedah perakaunan terimaan secara e-pembayaran melalui  e-dompet.

4.      Bersama-sama ini dikemukakan GPANM Bilangan 3 Tahun 2022 untuk rujukan dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) BULETIN TERIMAAN GPANM BIL 3 2022 (1)

2) GPANM e-wallet 05102022