Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld 2(19)
Tarikh : 12 Oktober 2022
Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN PENJEJASAN NILAI AKAUN BELUM TERIMA HASIL
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Penjejasan Nilai Akaun Belum Terima (ABT) Hasil sebagai panduan untuk mengurus dan memperakaunkan penjejasan nilai ABT Hasil selaras dengan Malaysia Public Sector Accounting
Standard (MPSAS) 29 yang berkuat kuasa.
3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah dipohon untuk membuat semakan dan memastikan Pusat Tanggungjawab di bawah seliaan sentiasa mengambil perhatian dan tindakan penjejasan baki ABT
yang terlibat.
4. Bersama-sama ini dikemukakan Garis Panduan Pelaksanaan Perakaunan Akruan Penjejasan Nilai ABT Hasil untuk rujukan dan perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK
1) Buletin penjejasan nilai ABT Hasil
2) garis panduan pelaksanaan perakaunan akruan penjejasan nilai ABT Hasil