rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld 2(17)
Tarikh : 28 September 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan

PERINGATAN BULANAN: SEMAKAN BULANAN MODUL PESANAN KERAJAAN DAN PENERIMAAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN DI SISTEM i-GFMAS SERTA e-PEROLEHAN YANG MASIH BELUM DISELESAIKAN OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB ATAU JABATAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Selaras dengan arahan pemantauan operasi Pejabat Perakaunan, adalah menjadi kewajipan semua jabatan untuk memastikan semakan dibuat ke atas Modul Pesanan Kerajaaan (PO) dan Penerimaan Bekalan dan Perkhidmatan (FRN-eP)/(GRN-iGFMAS) yang masih belum selesai sehingga ke peringkat pembayaran. Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) boleh membuat semakan status seperti di laporan-laporan berikut:

     i) Laporan Pesanan Kerajaan (semua status) ;

     ii) Laporan Tanggungan Belum Selesai Pesanan Kerajaan ; dan

     iii) Laporan Terperinci Pesanan Kerajaan yang telah lengkap.

3.      Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab jabatan untuk membuat pemantauan dan semakan pada laporan yang dinyatakan di atas pada setiap bulan dan memastikan semua PO berstatus 80 serta penerimaan bekalan dan perkhidmatan (FRN-eP)/(GRN-iGFMAS) diselesaikan sehingga ke Arahan Pembayaran (berstatus 80 dan sila pastikan nombor EFT telah dijana). Sekiranya terdapat PO yang tidak diperlukan atau (FRN-eP)/(GRN-iGFMAS) yang telah dibuat pembayaran menggunakan Modul Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan, pihak jabatan dikehendaki untuk hapus/batal PO/(FRN-eP)/(GRN-iGFMAS) dengan kadar segera.

4.      Ketidakpatuhan pemantauan akan memberikan implikasi kepada laporan Pejabat Perakaunan dan juga kepada PTJ di mana baki peruntukan jabatan tidak dapat digunakan secara optimum.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) Senarai_Semak_Pemantauan_Operasi_AO_Bagi_Pesanan_Kerajaan-08022