Ruj. Kami : ANM.PK.G.600-/1/1/2JLD.4(73)
Tarikh : 20 September 2022
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,
PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (eSPGL)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg.Datuk/Dato’/Datin/YBrs.Dr/Tuan/Puan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL) boleh diakses dengan ciri keselamatan baharu
seperti berikut:
a) Semua Pengguna perlu menetapkan kata laluan baharu sebaik sahaja Daftar Masuk ke dalam sistem;
b) Pematuhan kepada kriteria keselamatan baharu kata laluan;
c) Penggunaan captcha bagi kemudahan Lupa Kata Laluan;
d) Watermark baharu untuk penyata gaji bulanan (Berkuatkuasa 15 September 2022);
e) Sekatan Login bagi pengguna yang gagal lebih daripada tiga (3) cubaan. Klik Lupa Kata Laluan sekiranya akaun pengguna telah disekat bagi mengakses sistem semula dan;
f) Sekiranya tidak menerima kata laluan sementara semasa penukaran kata laluan dilaksanakan, emelkan ke
3. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs.Dr/Tuan/Puan ePayslip JANM Mobile yang telah ditutup capaian pada masa ini dijangka akan beroperasi semula bermula Disember 2022 dengan ciri kawalan keselamatan terkini.
4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK