rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami : ANM.PK.G.600-/1/1/2JLD.4(72)
Tarikh : 12 September 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk / Dato‘ / Datin / Tuan / Puan,

EDARAN SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BIL 1 TAHUN 2020 – TATACARA PENGURUSAN BAYARAN EMOLUMEN PEGAWAI AWAM PERSEKUTUAN (KEMAS KINI 25 OGOS 2022)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 1 Tahun 2020 – Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan (kemas kini 25 Ogos 2022) telah dimuat naik ke Portal JANM (www.anm.gov.my).

3. Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diminta untuk memastikan tindakan input HCM bermula bulan Oktober 2022 adalah selaras dengan pindaan SPANM ini.

4. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan SPANM Bil 1 Tahun 2020 - Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan (kemas kini 25 Ogos 2022) beserta lampiran yang berkaitan untuk perhatian dan makluman semua YBhg.Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.

5. Kerjasama dan perhatian YBhg.Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan ke atas perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) Lampiran A1 Borang Perubahan Gaji Kew.320 Pin1@2019 kemaskini 25082022

2) Lampiran A4 Senarai Semak Dokumen Sokongan Bagi Pembayaran Emolumen Pegawai Lantikan Baharu kemaskini 25082022

3) Lampiran A5 Borang Mengemas kini Maklumat Peribadi Bagi Tujuan Pengiraan PCB 25082022

4) Lampiran A7 Borang Pergerakan Dokumen SAP HCM 25082022