rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami : ANM.PK.G.600-/1/1/2JLD.4(  71  )

Tarikh       : 30 Ogos 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

BORANG PERMOHONAN CAPAIAN PENGGUNA DAN HAD KUASA PUSAT TANGGUNGJAWAB  – KEW.290E-01-PIN.1/18

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa data ID pengguna Gaji PTJ iGFMAS dengan peranan baharu (Penyedia, Penyemak, Peraku dan Papar) dari UMT HCM-Gaji yang telah diterima dari semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah selesai dimuatnaik ke HCM iGFMAS.

3.         Sehubungan dengan itu, semua PTJ adalah diminta untuk memastikan perkara berikut diambil tindakan dengan segera :

  1. Memastikan senarai pengguna dan peranan yang diberikan adalah betul dan tepat seperti senarai UMT yang dikemukakan;
  1. Memastikan pengguna yang telah bersara atau ditamatkan perkhidmatan dihapuskan peranan di dalam iGFMAS; dan
  1. Membuat permohonan capaian bagi pegawai baharu yang berpindah masuk atau lantikan baharu selepas senarai UMT dikemukakan.

Tindakan di atas (a, b dan c) perlu dibuat menggunakan borang permohonan capaian pengguna KEW.290E-01-PIN.1/18 yang telah dikemaskini pada 29/08/2022.  Borang tersebut boleh diakses melalui pautan berikut :

https://www.anm.gov.my/info/muat-turun/borang-borang

4.         Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

 

UNIT GAJI

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

NEGERI PERAK