rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj.Kami : ANM.PK.KPP.600-3/1(9)
Tarikh : 01 Julai 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan

PENUKARAN NO AKAUN BANK KERJASAMA RAKYAT DAN CIMB BANK BERHAD YANG BARU

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2.      Sebagaimana Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan sedia maklum, Garis Panduan Akauntan Negara Malaysia (GPANM) Bilangan 2 Tahun 2022 telah dikeluarkan untuk pelaksanaan semakan tambahan (second validation) bagi pembayaran Kerajaan melalui pindahan dana elektronik.

3.      Selaras dengan garis panduan tersebut, semua jabatan dibawah JANM PERAK diarahkan untuk menggunapakai nombor akaun Bank Kerjasama Rakyat dan Bank Cimb Berhad kepada digit yang baharu. Sila rujuk makluman JANM PERAK mengenai panduan pengemaskinian maklumat akaun bank menerusi link: https://perak.anm.gov.my/index.php/arkibperak/ pengumuman/2021/arkib-pengumuman-2021/10282-ralat-edaran-lca-bil-2-tahun-2021- penambahbaikan-proses-penyelenggaraan-maklumat-kod-pembekal-di-portal-igfmas

4.      Segala kerjasama Y.Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN PELANGGAN
JANM NEGERI PERAK