Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld.2 (7)
Tarikh : 4 Julai 2022
Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
PEMURNIAN DATA AKAUN PUKAL DI iGFMAS OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, terdapat isu lebihan bayaran pukal yang berlaku di Pusat Tanggungawab (PTJ) dan antara punca berlakunya isu tersebut adalah seperti berikut :
2.1 PTJ telah berpindah/ tutup iaitu tidak lagi menduduki premis berkenaan, namun PTJ tidak membuat pembatalan akaun pukal yang didaftarkan untuk premis berkenaan menyebabkan pembayaran akaun pukal tersebut masih diteruskan dan menyebabkan lebihan bayaran; dan
2.2 PTJ tidak membuat semakan ke atas bil dan laporan pukal selaras Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 7 Tahun 2018. Pembayaran berterusan ke atas akaun pukal yang tidak aktif dalam tempoh bertahun-tahun telah memberi kesan kerugian kepada Kerajaan.
3. Semua PTJ adalah diminta untuk mengambil tindakan yang serius dengan membuat semakan ke atas semua akaun pukal bagi memastikan akaun pukal yang aktif dan sah sahaja dibayar. Oleh itu, semua PTJ adalah diminta untuk mengambil tindakan berikut :
3.1 Melengkapkan maklumat di dalam pautan seperti di bawah selewat-lewatnya pada 22 Julai 2022;
https://sites.google.com/anm.gov.my/pukal-perak (sila layari menggunakan pelayar Google Chrome atau Microsoft Edge)
3.2 Membuat semakan nombor nombor akaun pukal yang disenaraikan di dalam pautan tersebut melalui Portal iGFMAS – Laporan Akaun Pukal Dipertanggungkan atau bil sebenar di PTJ; dan
3.3 Membatalkan akaun pukal yang tidak aktif dengan mengisi Borang Akaun Pukal di iGFMAS dan memaklumkan secara rasmi penamatan perkhidmatan kepada agensi pukal.
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh menghubungi pegawai di jabatan ini seperti berikut :
i) Noor Zafirah binti Kamaruzaman : 05-2462180 (
ii) Ahmad Faidzal Bin Saarani : 05-2462193 (
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK