Ruj. Kami : ANM.PK.G.600-/1/1/2JLD.4(66)
Tarikh : 17 Jun 2022
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,
PENGEMASKINIAN DIGIT NOMBOR AKAUN CIMB BANK DAN BANK RAKYAT BAGI PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan, berdasarkan semakan jabatan ini mendapati digit nombor akaun bank bagi pembayaran gaji pegawai untuk akaun CIMB Bank dan Bank Rakyat adalah tidak menepati keperluan yang ditetapkan oleh bank ini. Keperluan yang ditetapkan oleh kedua-dua bank ini adalah sebanyak 10 aksara.
3. Sehubungan dengan itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diminta untuk memastikan perkara berikut diambil tindakan dengan segera :
a) Mengemaskini/ membuat perubahan aksara lama kepada aksara baharu yang ditetapkan iaitu 10 digit akaun CIMB Bank dan Bank Rakyat melibatkan akaun konvensional dan Islamic pada Infotype 0009 (Bank Info); (Lampiran pegawai terlibat untuk pertukaran digit nombor akaun akan dikemukakan secara berperingkat oleh pegawai dari Unit Gaji selewat-lewatnya 17 Jun 2022).
b) Tindakan kemaskini/ perubahan dibuat perlu disokong dengan dokumentasi iaitu penyata bank terkini dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan;
c) Borang Perubahan Gaji Kew. 320 (SG20) perlu disediakan dan tindakan kemaskini perlu menggunakan kod transaksi PA30 dan PA40 Perubahan (Aktif);
d) Dokumentasi kemaskini/ perubahan ini perlu difailkan secara betul dan teratur; dan
e) Tindakan di atas untuk pegawai terlibat perlu diselesaikan selewat-lewatnya 22 Julai 2022 (Jumaat) melalui perubahan gaji bulan Julai dan Ogos 2022.
4. Ketidakpatuhan terhadap arahan ini memberi implikasi kelewatan penerimaan gaji di mana pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK