rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami : ANM.PK.G.600-/1/1/2JLD.4(64)
Tarikh : 20 Mei 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

 MPK AUTH-30 : WUJUD ID PENGGUNA BAHARU PENYEDIA GAJI

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan MPK AUTH-30 bertarikh 13 April 2022 adalah berkaitan.

2.      Dimaklumkan bahawa penambahbaikan sistem iGFMAS Servicedesk bagi permohonan capaian modul HCM telah dibuat dengan penglibatan Unit Gaji AO bagi tujuan semakan di Infotype IT0105 (Communication) dan gred peranan di HCM iGFMAS.

3.      Oleh yang demikian, tindakan yang perlu dilaksanakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah seperti berikut :

        a. Membuat permohonan capaian berasingan bagi modul HCM sahaja menggunakan borang KEW.290E-01-PIN.1/18;

        b. Memastikan maklumat email, nombor kad pengenalan dan no telefon (telefon bimbit) di dalam borang KEW.290E-01-PIN.1/18 adalah bersamaan dengan maklumat di dalam Infotype IT0105 (Communication). Sekiranya berbeza, mohon dibuat pengemaskinian menggunakan kod transaksi PA30;

        c. Memastikan proses pindah masuk (transfer in) ke Pejabat Perakaunan JANM Negeri Perak diselesaikan terlebih dahulu sebelum permohonan capaian dibuat;

        d. Merujuk kepada MPK AUTH-30 perkara 5.3 berkaitan pengasingan tugas berdasarkan gred jawatan sebelum memohon peranan modul HCM bagi tujuan kawalan proses pembayaran emolumen. Sekiranya tiada gred pegawai yang berkaitan, PTJ perlu mengemukakan surat pengesahan perjawatan di Unit Kewangan yang disahkan oleh Ketua Jabatan bersama dengan borang KEW.290E-01-PIN.1/18.

4.      Bersama-sama ini dilampirkan MPK AUTH-30 : Wujud ID Pengguna Baharu Penyedia Gaji untuk rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan.

5.      Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

 UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) Lampiran - MPK AUTH-30