Ruj Kami : ANM.PK.D/600-2/5JLD1(55)
Tarikh : 23 APRIL 2022
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan
STATUS PEMANTAUAN PESANAN KERAJAAN/ TANGGUNGAN KONTRAK KERAJAAN DAN ARAHAN PEMBAYARAN YANG MASIH BELUM DISEMPURNAKAN BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2022 SEHINGGA 31 MAC 2022
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, hasil semakan mendapati masih terdapat dokumen Pesanan Kerajaan (PO)/ Tanggungan Kontrak Kerajaan (CO) dan Arahan Pembayaran (AP) yang masih belum disempurnakan bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 31 Mac 2022. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk memberikan perhatian yang serius dan memastikan kesemua PO/ CO dan AP yang belum berstatus 80 dibuat pembayaran dengan kadar SEGERA.
3. Sehubungan dengan itu, pihak PTJ yang terlibat perlu mengambil tindakan seperti berikut:
i. Memastikan semua PO/ CO dan AP yang telah sempurna dibuat pembayaran, tertakluk kepada peraturan serta arahan yang berkuatkuasa;
ii. Sekiranya senarai yang dikemukakan oleh Pejabat Perakaunan tiada di dalam Senarai Tugas Harian (STH) pegawai untuk tindakan, pihak PTJ perlu membuat semakan lanjut status dokumen di Portal iGFMAS; dan
iii. Sekiranya didapati senarai dokumen tersebut masih tiada di status dokumen atau AP telah disempurnakan namun tiada nombor Electronic Funds Transfer (EFT) yang dijana, perkara ini hendaklah dilaporkan melalui Service Desk (log Solman).
4. Adalah menjadi tanggungjawab PTJ untuk membuat pemantauan dan semakan bagi memastikan semua PO/ CO berstatus 80 serta Penerimaan Bekalan dan Perkhidmatan (FRN-eP)/ (GRN-iGFMAS) diselesaikan sehingga ke AP (berstatus 80 dan nombor EFT telah dijana). Sekiranya terdapat PO/ CO yang tidak diperlukan atau
(FRN-eP)/ (GRN-iGFMAS) yang telah dibuat pembayaran menggunakan Modul Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan, pihak PTJ dikehendaki untuk hapus atau batal PO/ CO/ (FRN-eP)/ (GRN-iGFMAS) dengan kadar segera.
5. Untuk memudahkan semakan senarai PTJ masing-masing, sila rujuk ruangan Functional Area dan pilih nombor PTJ masing-masing (filter). Pihak PTJ diminta untuk mengambil tindakan ke atas PO/ CO dan AP terlibat seperti di lampiran dan memberikan maklumbalas sebelum atau pada 6 Mei 2022.
6. Sekiranya tindakan telah diambil atau terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Kamarul zaman Bin Ahmad Zaini dan Puan Dina Mariana Binti Arola, Unit Pengurusan Dana di talian 05-2462 100 (sambungan 157/ 169).
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK
1) BULETIN PERINGATAN DAN PEMANTAUAN_GRN FRN AP
2) Senarai Arahan Pembayaran Dengan Pesanan
3) Senarai Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan
5) Tatacara Menyemak STATUS & NO. PESANAN KERAJAAN 1