rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5Jld1(54)
Tarikh: 22 April 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/

Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,

PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN APRIL 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan, semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses Perakuan 2 sebelum jam 12.00 tengahari pada 29 April 2022 bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.

3. Sehubungan dengan itu, proses Perakuan 2 TIDAK DIBENARKAN dibuat oleh semua Jabatan dan PTJ pada 29 April bermula dari jam 12.01 tengahari sehingga 30 April jam 11.59 tengah malam. Proses Perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 Mei 2022.

4. Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

PERINGATAN MESRA PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN APRIL 2022