rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3 Jld. 2 ( 4 )
Tarikh : 30 Mac 2022

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

ARAHAN TINDAKAN OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB BERKAITAN PERAKAUNAN ASET

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, selaras dengan Perakaunan Akruan di peringkat Kerajaan Persekutuan, Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah memperakaunkan aset dengan betul bagi memastikan pelaporan aset di dalam Penyata Kewangan Kementerian adalah lengkap dan tepat.

3.      Sehubungan dengan itu, PTJ adalah diminta untuk merujuk Lampiran A iaitu Senarai Semak Perakaunan Aset untuk tindakan pelaporan dan penyimpanan dokumen aset di peringkat PTJ. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh berhubung dengan pegawai di Unit Pengurusan Aset JANM Perak seperti di Lampiran B atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

4.      Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"

UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) Lampiran