Ruj. Kami : ANM.PK.P/P.600-/1/1/2JLD.4(51)
Tarikh : 7 Februari 2022
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,
PENGESAHAN CAPAIAN PENGGUNA HCM_SG20 DI PUSAT PEMBAYAR GAJI (PAY CENTER)
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita diminta semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk membuat semakan dan melengkapkan Lampiran 1 dan Lampiran 2 seperti berikut:
Lampiran 1: Senarai capaian pengguna yang diberi peranan untuk kemaskini SG20 di sistem. PTJ hendaklah mengisi di ruangan remain/remove berdasarkan pegawai sebenar yang melaksanakan tugas tersebut. Ini bertujuan agar peranan ini diminimakan kepada keperluan di Pusat Pembayar Gaji. PTJ boleh mengambil tindakan di pautan di bawah:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/17-bVs8xr-RlacfjAH2RjGO_OACKISIROcFzjyrMHPq8/edit?usp=sharing
Lampiran 2: Gred Pegawai yang terlibat dalam tugas penyedia SG20, laporan edit, simulasi dan syor bagi peranan jika diwujudkan workflow melalui pautan di bawah:
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1gTjc3fZoqPIfpK-o-nL5kZgigFAZXq_TsO0SUMkmHr0/edit?usp=sharing
3. PTJ hendaklah melengkapkan Lampiran 1 dan Lampiran 2 selewat-lewatnya pada 10 Februari 2022 (Khamis). Keprihatinan dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK