Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5 Jld 1 (46)
Tarikh : 09 Februari 2022
SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB NEGERI PERAK
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan
MANUAL PENGGUNA MODUL AKAUN TERIMAAN – PROSES BAUCAR JURNAL PELARASAN MODUL TERIMAAN
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dengan ini dikemukakan Manual Pengguna Modul Akaun Terimaan – Proses Baucar Jurnal Pelarasan Modul Terimaan Versi 2.0 (Tarikh kemaskini
03 November 2021) untuk makluman dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan.
3. Kerjasama semua Pusat Tanggungjawab adalah diminta merujuk kepada manual di atas bagi tatacara Proses Baucar Jurnal Pelarasan Modul Terimaan mulai tarikh buletin ini dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA (TERIMAAN)
JANM NEGERI PERAK
12.12.2021 iGFMAS_MANUAL PENGGUNA_AR- Proses Baucar Jurnal Pelarasan Modul Terimaan v2.0