Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3 Jld2 ( 2 )
Tarikh : 04 JANUARI 2022
Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
TATACARA PELUPUSAN ASET DENGAN HASIL YANG MELIBATKAN PENJUALAN ASET DENGAN DEPOSIT
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa, Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA) telah menyediakan Tatacara Pelupusan Aset Dengan Hasil Yang Melibatkan Penjualan Aset Dengan Deposit seperti di Lampiran B.
3. Tatacara ini diterbitkan adalah bertujuan untuk:
i. memberi panduan berhubung kesan tindakan pelupusan aset dengan hasil yang melibatkan penjualan aset dengan deposit;dan
ii. menerangkan peranan Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Perakaunan bagi memastikan pelupusan aset dengan hasil dapat diperakaunkan secara teratur dan menyeluruh dalam Integrated Government Financial and Management System (iGFMAS)
4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Aset JANM Perak secara emel di alamat
Sekian, terima kasih
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK
Lampiran B Tatacara Pelupusan Aset Dengan Hasil Yang Melibatkan Penjualan Aset Dengan Deposit
Surat Edaran Tatacara Pelupusan Aset Dengan Hasil Yang Melibatkan Penjualan Aset Dengan Deposit