rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

 

Ruj.Kami : ANM.PK.G/600-1/1/2 JLD.4(27)

 Tarikh : 7 Januari 2021

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab,

 

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN 2020

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Adalah dimaklumkan bahawa pihak BPTM, JANM Putrajaya telah melakukan larian ZRPY049 (Kemaskini Data IT0547 dan IT9001 secara Auto-pickup) bagi tujuan penyediaan Penyata Pendapatan Tahunan 2020. Program ZRPY049 akan mengambilkira semua bayaran secara Arahan Pembayaran Modul K6 (Pendapatan Bercukai) yang dibuat melalui portal iGFMAS.

 

3.     Bagi tujuan kunci masuk maklumat pendapatan bercukai/ tidak bercukai/ bayaran luar sistem di IT0547, Unit Gaji JANM Perak memerlukan maklumat dari Jabatan/ Pusat Tanggungjawab/ Pusat Pembayar (Jab/PTJ/PP) untuk membuat pelarasan amaun di Penyata Pendapatan Tahunan 2020.

 

4.     Oleh yang demikian, Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan diminta menyemak sekiranya terdapat transaksi seperti dinyatakan di para 4.1 hingga 4.4 dan sila sediakan maklumat yang dikehendaki seperti format di Jadual 1.

 

          4.1     Kod BIK 805 dan 806 - Senarai Pulangan Balik Potongan Cukai Pendapatan yang dibuat oleh LHDN kepada pegawai akibat pelarasan gaji dalam tahun 2020 (sekiranya ada);

 

          4.2     Kod BIK 810 - Senarai Pulangan Balik KWSP kepada pegawai akibat pelarasan gaji dalam tahun 2020 (sekiranya ada).

 

          4.3     Kod BIK 801 - Senarai Pulangan Balik Emolumen Bercukai melalui kaunter (selain dari sistem iGFMAS HCM - Payroll) dalam tahun 2020 (sekiranya ada).

 

          4.4     Kod BIK 812 - Senarai Pulangan Balik Elaun Tidak Dikenakan Cukai melalui kaunter (selain dari sistem iGFMAS HCM - Payroll) dalam tahun 2020 (sekiranya ada).

 

5.     Merujuk perkara 4.3 dan 4.4, sila nyatakan dengan jelas pecahan amaun dalam resit bagi gaji pokok dan elaun-elaun tahun 2020. Senarai yang telah lengkap hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti salinan resit, baucar bayaran dan sebagainya yang telah disahkan dan dihantar segera ke Unit Gaji, JANM Negeri Perak selewat-lewatnya pada 18 Januari (Isnin), jam 10.00 pagi.

 

6.     Untuk makluman hanya satu (1) Penyata Pendapatan Tahunan yang akan dikeluarkan berdasarkan nombor gaji, walaupun pegawai berkenaan telah berpindah ke beberapa PTJ/AO yang berbeza pada tahun 2020.

 

7.     Segala kerjasama dan komitmen daripada Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan dihargai bagi memastikan proses larian Penyata Pendapatan Tahunan 2020 dapat berjalan dengan lancar dan Borang C.P.8D (Penyata Saraan Daripada Penggajian) dapat dikemukakan kepada LHDN dalam masa yang telah ditetapkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

 

JADUAL 1 - PENGEMASKINIAN PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN 2020