Ruj. Kami : ANM.PK.G/ 600-1/1/2 Jld.4(43)
Tarikh : 24 November 2021
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
MAKLUMAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI BAGI TAHUN 2022
Dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2021, Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2022 adalah berkaitan.
2. Sukacita SPANM Bilangan 5 Tahun 2021 adalah bertujuan untuk memaklumkan:-
2.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2022; dan
2.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
3. Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa.
4. Bersama-sama ini dilampirkan SPANM tersebut untuk makluman awal kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ). Jadual Input Gaji Modul HCM Peringkat PTJ bagi Tahun 2022 akan diedarkan secara berasingan.
5. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK
SPANM BIL 5 TAHUN 2021_Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2022