faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5Jld1 (40)
Tarikh: 24 November 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs.Dr./ Tuan/ Puan

LAPORAN PEMANTAUAN HARIAN DOKUMEN PESANAN DAN ARAHAN PEMBAYARAN SEHINGGA 23 NOVEMBER 2021

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan e-mel daripada Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2021 (353) bertarikh 23 November 2021 adalah berkaitan.



2.       Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 6 Tahun 2021 rujukan JANM.BKP.600-14/1/11 Jld.3(08), tarikh akhir dokumen kewangan bagi Perbelanjaan Mengurus (OE) dan Perbelanjaan Pembangunan (DE) tahun 2021 adalah pada 30 November 2021 atau tarikh akhir yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.

3.      Sehubungan dengan itu, berikut adalah disertakan Laporan Pemantauan Harian Dokumen Pesanan dan Bayaran Sehingga 23 November 2021 seperti berikut untuk tindakan Pusat Tanggungjawab yang terlibat:



              a. Lampiran 1 - Dokumen Pesanan;

              b. Lampiran 2 - Dokumen Arahan Pembayaran Dengan Pesanan; dan

              c. Lampiran 3 - Dokumen Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan.



4.      Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs.Dr./ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk membuat semakan dan memastikan tindakan pembayaran dilakukan tertakluk kepada dokumen sokongan yang lengkap dan mematuhi peraturan berkuatkuasa.

5.      Sila abaikan pemakluman ini sekiranya pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs.Dr./ Tuan/ Puan telah mengambil tindakan bagi dokumen yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.




UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK
24 NOVEMBER 2021