Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5Jld1 (39)
Tarikh: 22 November 2021
Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Y.Brs.Dr./ Tuan/ Puan
PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN SISTEM iGFMAS BAGI BULAN NOVEMBER 2021
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg.Datuk/Dato'/Datin/Y.Brs.Dr./Tuan/Puan, bagi melancarkan proses penutupan dokumen kewangan tahun 2021, semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses Perakuan 2 selewat-lewatnya jam 4.30 petang pada 30 November 2021 bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.
3. Sehubungan dengan itu, semua Jabatan dan PTJ perlu menepati tarikh dan waktu yang ditetapkan bagi proses Perakuan 2. Ketidakpatuhan pada arahan ini akan menyebabkan Arahan Pembayaran tidak dapat disempurnakan sehingga ke status 80 dan boleh mengakibatkan dikuiri oleh Pejabat Perakaunan.
4. Oleh yang demikian selepas Perakuan 2 dilaksanakan, semua Jabatan dan PTJ adalah dinasihatkan untuk menyemak laporan-laporan yang berkaitan dengan dokumen Arahan Pembayaran agar berstatus 80 dan lengkap dengan nombor EFT .
5. Kerjasama daripada pihak YBhg.Datuk/Dato'/Datin/Y.Brs.Dr./Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK