Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5Jld1(32)
Tarikh: 27 September 2021
Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan
PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN SISTEM iGFMASBAGI BULAN SEPTEMBER2021
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses Perakuan 2 sebelum jam 12.00 tengahari pada 30 September 2021 bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.
3. Sehubungan dengan itu, proses Perakuan 2 TIDAK DIBENARKAN untuk semua Jabatan dan PTJ pada 30 September 2021 bermula dari jam 12.01 tengahari sehingga 11.59 tengah malam. Proses Perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 Oktober 2021.
4. Kerjasama daripada pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.
Sekian,terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK